pandang sekilas,
terpaut.
bicara sepatah,
terpikat.
cinta kau hembus di cuping telinga aku.
harap hati dapat ditawan.
harap tangan dapat disentuh.
melata mau kau tumbuhkan sayang di jiwa.
aku lempar pandang aku di mata engkau
memberi makna sudi
aku sembah pinta di kaki engkau
biar sayang sampai mati
purnama demi purnama
berlalu dan berderu tinggalkan semua
tinggalkan aku
tinggalkan kita
masih aku tagih janji sehabis hayat
kerana itu beri bahagia
kau pijak rasa
kau cincang jiwa
kau ludahkan cinta
kau maki segala
kau ketawa persis laknatnya syaitan
sambil meratah kejam meracik tanpa belas
sudah,tinggal apa lagi?
pergi.
diri engkau aku tidak perlu.
aku tidak perlu.
No comments:
Post a Comment