Sunday, November 23, 2008

ceritakan cinta kamu.

senja itu meratah jiwa kamu.
menyengat merah meganya.

malam itu memedih kamu.
menggigit sejuk bayunya.

bagai mati sejuta kali dalam harimu.
namun dia masih di sana.
masih di sana.

teriak jerit dalam hati,
hey bodoh siapakah pendengarnya?
sentuh lembut dalam mimpi,
kamu fikir siapa sang pencinta?

dalam belas aku meminggir,
melihat saja aksi si kalah,
kalah dengan perasaan,
yang terpikat hati dengan si perawan.

apa mahu ditunggu seribu tahun lagi?
biar bersemayam atas pelamin di hadap matamu?
di mana si pengantin jantannya tidaklah diri kamu?
dan tidur enaknya bukan dalam dakapmu?

sudah berkhayal!
langkahkan sahaja cinta kamu.
hadap matanya dan lafazkan;
'aku cinta,
aku sayang,
diri kamu.'

No comments: