jauh kulemparkan
biar bertemu pandangan dan bulan
jauh kujeritkan
biar bertemu suara dan langit
sedang hati ini dan hatimu masih jauh sayang
sedang rindu ini dan perasaanmu masih tidak bertemu
jauh sudah hatimu berjalan pergi
menapak meninggalkan sisa kasih ini
tegarkah kamu lagi?
kuatkah sekeping hati?
dulu hati itu punya aku
dulu kasih kamu milik aku
kucupan seiring rindu
senyuman bibir mulusmu
sentuhan mereda pilu
bait bait kata menjelas rindu
kerana darjat yang beda ini
hati kau beralah pergi
kerana darjat yang beda ini
cinta kau dibuang sepi
kerana darjat yang beda ini
kasih kau ditanam mati
airmataku pembunuh hatimu sayang
sedihku menikam tangkai jiwamu
murungku meragut nyawamu
kau ucapkan berulang di telinga ini
kau akan pergi
matamu tak terlihat lagi ratib sepiku
telingamu tak terdengar lagi tangis jiwaku
si pembunuh itu
pintamu dikuburkan cinta
biar mati disini
biar sepi disini
biar hancur disini
biarkan ia
namun takkan sekali mati dihati.
1 comment:
bleh tanya x
ratib tu ape
hehe :D
Post a Comment